fbpx

Tip Untuk Usahawan Yang Nak Edarkan Risalah

Tip Edaran Risalah

Kami nak kongsikan TIPS EDAR RISALAH kepada sesiapa yang baru nak ceburi bidang usahawan. Tips ini sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam mengedarkan risalah samada untuk bisnes atau untuk mempromosikan perniagaan di sekitar tempat anda.

1. Jika ada bunting, letakkan di sebelah anda.
2. Badan perlu ditundukkan sedikit ketika menghulurkan risalah.
3. Elakkan mengejar serta memaksa pelanggan jika pelanggan tidak mahu mengambil risalah kita.
4. Bawa bersama testimoni produk yang ditawarkan ketika membuat pengedaran risalah.
5. Edarkan risalah secara berkumpulan.
6. Apabila melihat pelanggan memakai teg nama. Sebut nama pelanggan itu.
7. Boleh kepilkan borang survey pada risalah kita. Ini membolehkan kita mengumpulkan data pelanggan di kawasan itu.
8. Sentiasa ucapkan terima kasih samaada pelanggan mengambil atau tidak mengambil risalah kita.
9. Risalah yang mempunyai grafik dan warna yang menarik akan menarik mata pelanggan. Contohnya warna merah dan kuning.
10. Hulurkan risalah di tangan pelanggan umpama memberi hadiah berharga.
11. Harus SENYUM sehingga ke telinga.
12. Mesti edarkan risalah di kawasan tumpuan pelanggan yang kita target dan sudah dikenal pasti.
13. Risalah boleh ditandakan mengikut kawasan yang diedarkan. Ini akan memudahkan proses dokumentasi dan untuk mengenalpasti kawasan sasaran yang bagus.
14. Pakai pakaian yang kemas ketika mengedar risalah.
15. Apabila pelanggan di hadapan tidak mahu mengambil risalah, jangan beri kepada pelanggan di belakangnya, tunggu pelanggan yang ketiga atau keempat.
16. Pandang mata pelanggan ketika bercakap.
17. Bercakap dengan penuh keyakinan dan kesopanan.
18. Selesai sahaja mengedar risalah, pusing di kawasan sekitar untuk melihat jika ada risalah dibuang. Jika ada, boleh kutip. Kalau berasa malu, biarkan sahaja. InsyaAllah ada rezeki terpijak.
19. Pastikan kawasan pengedaran risalah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan
20. Elakkan mengedar risalah sehingga mengganggu kawasan perniagaan orang lain.
21. Jika mengedar risalah di kawasan mempunyai banyak gerai jualan. Berikan risalah kepada mereka dahulu . Ini untuk membina networking.
22. Edarkan risalah secara konsisten di satu kawasan supaya pelanggan dapat membiasakan diri mereka dengan anda.

Kami berharap dengan petua ni dapat membantu rakan-rakan sekalian.